Bunga 3 Bulan / Bunga Siti Zubaidah / Hydrangea
Bunga 3 bulan ini tumbuh dalam beberapa warna, kebanyakannya berwarna biru, purple & pink. Warnanya akan bertukar mengikut usia bunga. Pokoknya boleh mencapai ketinggian 5-6 kaki. Jangka hayat ia berbunga boleh mencecah 3 bulan atau lebih bergantung kepada penjagaan.
Tetapi di peringkat awal bunga, warnanya boleh ditentukan melalui oleh aluminum tanah & pH. tanah. Maknanya sama ada tanah itu pH nya berasid atau beralkali. Tanah yang berasid akan menghasilkan bunga berwarna biru & tanah yang beralkali akan menghasilkan bunga berwarna pink.
Mengurangkan kadar asid di dalam tanah akan menukar warna bunga dari biru kepada pink. Menambah air limau didalam siram akan meningkatkan kadar asid dlm tanah.ini bermakna bunga akan berwarna pink. Tambahlah aluminum sulfate di dalam tanah untuk mendapatkan bunga berwarna biru.
Bunga ini cuma memerlukan 60% cahaya. Cahaya matahari pagi & bayang cahaya matahari petang sudah mencukupi untuk pokok bunga ini. Ia jugak perlukan air yang banyak kerana cuaca di negara kita ini panas. Tetapi di peringkat awal memadai dengan menyiramnya sekali sehari. Bunga 3 bulan ini jugak boleh dikeringkan untuk hiasan di dalam rumah.